Hari ni I nak cerita sikit kat u ollz pasal kehidupan peribadi I. Ini cerita sensasi. Rugila kalau sesiapa tak pandai membaca sebab tak dapat baca blog I. Tapi cerita ni zaman dulu-dulu. I susah payah flashback balik kenangan I dulu-dulu semata-mata nak cerita kat u ollz. I belek-belek album lama dah berhabuk tak bersentuh. I kerobek-kerobek sampai I jumpa gambar lama I sebagai bukti cerita I.
Sebenarnya I pernah kawen dulu. Dulu. Memang sekarang I dah single. Tapi dulu I pernah kawen. Tapi jodoh I tak lama. I takdela sedih sangat sebab I tau I akan jumpa sugar daddy lelaki yang lebih menarik. Betul I tak kisah pun. Kteorang kawen 2 bulan lepas tu cerai. Nasib baik I tak mengandung. Kalau I mengandung mesti anak I tak hensem sebab ex husband I dulu bukan hensem mana pun walaupun dia mat salleh. Nama dia Tony. Nama Melayu dia I dah tak ingat sebab I cuma panggil dia Ton jek. I cuma ada sekepingjek gambar I dengan si Ton ni. Gambar lain I dah bakar-bakar. Bukan I bakar sebab geram dengan si Ton ni. Tapi masa tu I nak bakar ikan tapi tak de arang/sabut kelapa/ surat khabar so I pakaila gambar2 I masa kawen dulu buat bakar ikan. I longgok gambar kawen I banyak2 lepastu I bakar. Tapi ikan tu memang tak sedap kalau pakai gambar. Busuk. I buangje ikan tu. Nasib baik ikan kembungje. Takla sayang sangat I nak buang.
Tony ni mix mat salleh+chinese. Tapi bukan kacak mana punkan? Kteorang kawen kat depan Masjid India.
U ollz kan tau betapa I ni sangat mementingkan penjagaan rambut. Tapi I cukup tak suka kalau ada orang tangkap gambar I. Ni gambar I terpaksa masa nak buat passport pergi Indonesia. Nak melawat si Ton tu la konon. Oh Tony asal Indonesia. Orang Indonesia ni memang………..(saja tinggal dotdotdot sebab I kan puasa, tak baik mencarut)
Selepas penceraian I, I bersyukur sangat sebab I ada kawan2 yang sangat happening bagi I support segala. Support semangatje duit tak kasi sebab masing2 kedekut konon nak kumpul duit untuk kawen dieorang.Tengok, Iffa selalujek konker nak dok depan masa bergambar. Pastu suka nak buat muka ceria segala. Tapi dia baik hati tau ollz. I suka dia. Ayu pula memang suka bergaya dengan kaca mata ala2 nicole ricot. Ayu selalu bagi I salin nota dia sebab I kan kaki tidur masa kuliah. Yang jelir2 tu Sal namanya. Dia ni kalau bab bergosip mengalahkan Mama Jawa Juwie. I suka gosip2 nih. Tengok Nana nampak humble gila dalam gambar ni. Nana ni memang semangat dalam segala hal. Bila I dengan dia aura dia sampai kat I sebab I pun akan ikut semangat. Liza oh liza. ‘Jah, cun gak hang pakai spek macam tu’.
No comments:
Post a Comment